CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden Mesir


Ucapan tiga puluh saat yang menamatkan pemerintahan selama 30 tahun. Terjemahan: Bismillahirrahmanirrahim. Wahai rakyat sekalian, pada waktu genting di negara kita ini, Presiden Husni Mubarak telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai presiden republik Mesir dan pihak tentera akan mengambil alih dalam pengurusan hal negara. Semoga Allah memberi panduan pada kita..


Hosni Mubarak akhirnya sah meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari demonstrasi dilancarkan oleh ratusan ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan.Mudah-mudahan peralihan kuasa baru di Mesir akan menjana kebangkitan Islam di seluruh dunia. AllahuAkbar!


source: MZM-FC

No comments:

Post a Comment