CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Wednesday, April 27, 2011

D' Terengganu Terchenta!




Alhamdulillah aku dah selamat sampai Terengganu..perjalanan dari Tg Malim,melalui jalan Temerloh Bentong Maran Kuantan Kemaman Dungun Marang..akhirnya sampai..bertolak pukul 8 malam,dan aku sampai kira2 jam 430 pagi..awal tu..balik terus cari katil sambung tidoq..hehe..tak dapat nak lena dalam bas..mungkin excited sangat nak sampai..haha!aku akan memanfaatkan 10 hari cuti ini dengan tidur kerja2 berfaedah..[berfaedah la sangat]..jadual aku untuk cuti yang sedikit ni>>bangun tengahari  pagi,makan,tengok tv,update fesbuk,kemas2 rumah sikit,sembang2..tu je yerr..berfaedahnya benda yang aku nak buat ni..haha!


Tadi ade seorang kawan aku bagitau dah boleh cek nama penyelia praktikum untuk sekolah nanti..cek punye lah cek,dapat Pn Syiqin..huhu..ok la..


So, tu je yang aku nak tulis hari ni..perut rasa lapar pulak!oh,pukul 4,mkn tengahari pon belum..[sebenarnya makan tengahari aku tadi ditukar kepada sarapan pagi]..hehe! al maklumlah letih dalam bas pun tak hilang lagi..


ok,babai!!


p/s:aku rindu setengah mati kepadamu,sungguh ku ingin kau tahu......T__T

Saturday, April 23, 2011

Salah daaaaaaa..........

Ape yang aku nak merapu di tengah-tengah pagi bute ni yerr...duk tunggu azan subuh..tak tidor..dah abis exam pon stay up??harus la..malam aku berjaga,siang aku tidur..hehe..gigih menengok movie dalam external..banyak lagi tak tengok..nak2 cerita korea yang bersambung..dah habis satu part,sambung satu part lagi..hurmmmm..tu yang tak tidur ni..


Actually,aku punya proposal thesis tak siap lagi..soalan kajian belum buat,soal selidik dah siap!sebenarnya,ada hikmah pihak KPM pulangkan balik proposal aku..KPM pulangkan balik sebab aku tak masukkan instrumen kajian..huhu..aku ingatkan tak payah masukkan,walaupun orang lain beria-ia masukkan..aku punya tajuk yang aku hantar tu "Keberkesanan Penggunaan Perisian GeoGebra di dalam Topik Persamaan Linear"..PERSAMAAN LINEAR!!aku silap tajuk!!


Ceritanya camni,tadi aku pergi la menapak ke bilik kpm (dlm keadaan malas)..aku pun belek2 buku teks math form 2..cari la tajuk persamaan linear..belek2,,aik???tak jumpa pun persamaan..tak de pun graf??ke salah ambik buku??tengok,betul dah..tajuk persamaan linear atau dalam bahase omputehnye Linear Equation..lain macam je soalan..macam tak same je apa yang aku apply kat Mr.GG (nama manja GeoGebra hehe)..memang tak same!aku cari persamaan y=mx+c,tapi takde!!aku dah cuak dah tyme tu!!sah2 aku salah tajuk!!aku pun ambik buku teks math form 4,belek2 jumpa bahagian y=mx+c..bab PERSAMAAN GARIS LURUS!!Ya Allah,kenapa sebelum ni tak terlintas sikit pun yg bab2 kecerunan ni,di form 4 baru belajar!Astaghfirullah....aku dah buat salah...pastu,aku pun balik dengan lemah longlainye...baru ingat dah selesai masalah nak wat soalan kajian,..tapi...


Then,tadi berkobar-kobar aku cari tajuk lain..aku jumpa Theorem Phytagoras yg boleh apply kat Mr.GG,tapi dia punya instruction nak buat tu berbelit2..dulu aku belajar theorm phytagoras yg segitiga tu je..ni aku tengok masuk segiempat,  segilapan, segiempatbelas.. ok,tipu..huhu..penerangan kurang,cara nak buat,step by step tak de..memang dah cantik baeekkk punyerrr dah topik tu..tapi tu la,kalau tak pandai apply macamne nak buat kajian!haddooiii..


macam ni je yg aku belajar dulu!

mungkin sylibus sini tak same dgn luar negara..contoh yang aku tengok tu yg berbelas2 segitiga tu,dari luar negara..ok,tak jadi ambik theorem pyhtagoras,cari topik lain!!

aku ingat nak ambik je topik persamaan garis lurus form 4,tapi sama dengan ina la pulak..tak best la same..huhu..pastu tadi cari2 tajuk kat rph tu,jumpa tajuk statistik..untuk form 4 jugak..cantekkk,penerangan ada,video,step2 ade..boleh la topik ni..inshaAllah jadi!!

p/s:topik pertama aku,transformation tapi tak boleh sebab topik ni last2 dah dalam syllibus..aku masuk praktikum nanti,student tak belajar lagi..so,tak boleh apply!topik kedua,persamaan linear,tersalah topik!!hohoho..padan muke aku!!!



Friday, April 8, 2011

Kita Tak Pernah Bertemu Dengan Orang Yang Salah..


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
Sumber:iluvislam

Sunday, April 3, 2011

Perginya Mungkin Tak Kembali..

April 2011~
Semoga sentiasa sihat dan selamat hendaknya~
Selamat berangkat pergi~
Ada masa & ketika kita jumpa lagi~
Teruskan hari-harimu dengan sebaiknya~
Salam rindu dari kejauhan~

*cik kem*
3 April 2011
2.15 Pagi
Tg Malim