CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Friday, October 29, 2010

Ubat Stress Anda...Gelak Kuat2 k...

Naik Helikopter:

pegawai JHEOA bersama beberapa org asli telah menaiki helikopter Nuri utk pergi ke suatu kwsn pedalaman di hutan di daerah Pekan..dalam perjalanan pegawai itu bersungut.."emm..panasnya dalam helikopter ni..jauh lagi ke?"..kemudian org asli mencelah.."mmg panas la tuan dlm ni..kipas ada..besar plak tu..tapi sayang ada di luar.."...pegawai tu bertambah panas....


Peminat Mawi:

Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mentaltu.....

"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tupun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya.."betul jugak"

heeeeheeee...."


Terlupa Makan

Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.

Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun..kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????



Rasa Nak Muntah

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.

"Kenapa nie nek. Pening ya," tanya pemuda tersebut.

"Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah," jawab nenek.

"Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar."

Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,"Boleh nek, tapi kenapa?"

Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”



Si Penjual Roti

Seorg penjual roti dilanggar lari sebuah motor mat rempit.Akibatnya,die tercampak dari motor dan rotinya masuk ke dalam longkang.
Sementara itu,rotinya bertaburan jatuh atas jalan..Sambil menyapu darah yang mengalir dr kepalanya,die terus merintih kesakitan.
Tak lama kemudian,datanglah pihak polis menghampirinya dan bertanya..
Ada apa encik...??Ada apa..???
Dengan suara perlahan dan merintih kesakitan..penjual roti tu berkata...

"Adaaaaaa rotiiiiiiiii kejuuuuuuuuuu...adaaaaaaa rotiiiiiiiiii coklaaaatttttttttt..."



Wad

Ader sorg makcik Kelantan nih,die mai HKL..nk cari sedara die yg kemalangan.Sampai HKL,die tanya la sorg nurse kat situ..dalam loghat Kelantan.

Makcik : nk tupe tanyo,mana wad kecemase..??

Nurse tu selamber jer jawab..

Nurse : Makcik,wad kencing masam takder,..wad kencing manis ader lah..



Amir sering datang lambat ke sekolah lalu cikgu noriha bertanya kepadanye

Cikgu:kenapa kamu sering lambat ke sekolah?
Amir:ikut singboarb depan sekolah cikgu(dengan selamba amir menjawab)
Cikgu:huh?(dengan kehairanan)
Amir:cikgu tak nampak ke 'AWAS SEKOLAH DI HADAPAN PELAHAN-LAHAN'



Semoga terhibur~~


1 comment:

  1. haha...lwk2...yg rase nk muntah tu jahat or..haha...

    ReplyDelete