CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Friday, October 29, 2010

Hakikat Hidup Tak akan Sama dengan Kebetulan yang Tak di sangka..

"Wahai hati yang sedang merindui,apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati untuk dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri untuk dibenci. Apabila kita terlalu  merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih tak berbalas. Ada masanya kita tidak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biar pun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui..
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak akan sama dengan kebetulan yang kadang kala tak disangka..
Kadang kala apa yang kita ingin kan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, adakalanya apa yang kita harapkan, tak akan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang cuba kita gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti..
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, memberi kita kekuatan dan makna sesebuah perhubungan..




No comments:

Post a Comment