CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Monday, August 15, 2011

Cerita Seorang Cikgu Praktikal

As Salam..
dah lama rasanya tak update blog ni..sejak abis sem 6 hari tu,,sampai la aku dah nak habis praktikum ni..malam ni tak de kerja sangat,,jadi teringatla nak update blog yg dah lama aku tinggalkan ni..
malam ni nak tulis pasal ceritera praktikum aku sikit..dah tak lama dah nak habiskan sisa2 terakhir praktikum ni..lebih kurang 7 hari je lagi sebelum habis...aku ditugaskan untuk menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah di Kelantan..banyak yg aku belajar sepanjang aku berada di negeri orang ni..nasib aku agak baik,sebab aku sudah sedikit fasih ber'bahasa ' kelantan dan memahami loghat kelantan..mungkin sebab persekitaran aku,di mana ayah aku asalnya orang Besut,,jadi darah Besut tu ada mengalir dlm diri aku..cuma kadang2 ada la beberapa patah perkataan yg sebelum ni aku tak pernah dengar dan guna,,kat sini pun kenal macam2 jenis kuih yg sebelum ni aku tak pernah makan & tengok..

Kat sekolah ni,aku ditugaskan untuk mengajar matematik untuk tingkatan 1,Kemahiran Hidup pilihan 4 (usahawan) untuk tingkatan 1 dan 2..untuk kemahiran hidup ni,aku diamanahkan utk mengajar pelajar lelaki sahaja manakala pelajar perempuan diajar oleh guru lain..

bila kenangkan kembali makin dekat dah nak masuk upsi,makin berat rasanya hatiku untuk melangkah pergi dari sini..aku tak tau apa dah jadi dgn aku ni..rasa malas nak masuk belajar balik tu makin menjadi2..kalau lah aku diberi pilihan,ingin saja aku berada di sekolah ni dan menjadi seorang guru yg 'sah' di sisi undang2..:)
asssignment,tesis dan lain2 yg menyebabkan aku 'malas' utk menjadi pelajar balik..

Untuk pelajar2ku,,cikgu sayang kamu semua..marahku bukan kerna aku tak menyayangi,,tapi untuk mendidik kamu agar kamu tahu erti kehidupan..bukan senang utk kita hidup di dunia ni tanpa ilmu..

mula2 masuk sekolah ni dulu,,sampai aku terfikir..'kenapa aku jadi seorang cikgu??"setelah aku lihat betapa tidak 'berdisiplinnya' pelajar2 zaman sekarang..aku sgt2 terkejut waktu tu..sampaikan aku minta pada Allah agar percepatkan waktu 14 minggu latihanku ini..

Nampaknya Allah dah kabulkan doa aku,,tapi sekarang aku pulak yg berat hati utk tinggalkan mereka2 ni..rasa sayang mulai bercambah tapi apakan daya,,sudah tertulis sejak azali lagi aku akan menghabiskan prktikum ni pada 25 ogos ni..

walaupun lepas ni,cikgu dah tak ade,,namun kamu semua tetap di hati..love u :)

sdg menyiapkan tanda kenang kenangan utk ditinggalkan..:)