CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Saturday, February 26, 2011

Test oh Test!!

Salam..

Pagi tadi aku g ambik test computer utk lesen..haha klako2..kali pertama gagal truh..
aku buleh 41/50..markah lulus 42/50..base goh se je lagi nok lulus..
bengang giler mase tubek dr bilik tu..

dakpe2..wpun bengang..huk3


pah cik kerani print result,aku pon tanye:

"kalu nok wat mule,slalu,buleh dop"
pahtu ye tgk jam ye,tgk skrin comp,ye pon kate:
"buleh,tggu kol 11.15 kekgi"
aku tgk jam kol 10.50..chanteek dok payoh tggu lame..
"doh kena bayor brape ea"
ye pon jawab:
"bayor rm27 yer"
mujur 27 riya je..hehe..

aku pon berlalu n duduk kat krusi baris ketiga..ade 6,7 org g duk nunggu..
lantas aku pon buke buku balik,stdy smula..haha
aku rase byk saloh tang bhgn ketiga..bhgian akta2,sistem KEJARA..ye byk tya kod la,system mate demerit la..mane dang nok hapal..dh la system mate demerit tu mcm2 jenis plok kesalahang,,huhu..sabo je la aku..

pastu kat2 11.20 aku pong g smula kat kaunter cik kerani tu..bayor sekian2,ambik smula gambor..dop tau la gane hal muke aku tyme tu..masam giler kot..huhuuu..

pah masuk tgk2 soalan lain pulok..aku ingt soalan same mcm tadi..ala padang doh la..
sbb mase aku buke buku tadi aku cari soalan hok same ngan ye tanye,.hok aku bahang rambang tadi..
bahang tanoh doh la aku kali ni..huhu..jawab3 abis 50 soalan..dlm 50 tu, ade la 5 ke 6 aku dok sure jawapang ye..tawakkal je la tyme tu..cek2 balik ok la..x dok pon jawapang hok aku uboh..
pastu klik tamat tu..kuor kputusan..Alhamdulillah lepas gok kali kedua..
dapat 44/50..lepas2..sengeh je tubek tu..hehehe..

Thursday, February 24, 2011

Allah Bagi Aku Jalan Ni~~

salam 1 aqidah~~

Teringat dulu2 mase kecik2 org tanya bila besar nak jadi ape?aku jawab cikgu la doktor la bomba la..haha..
tapi mase bile besar sikit berangan2 nak belajar luar negara..mesir ke jordan ke korea ke..
tapi sekarang tak tercapai pun..
kadang2 aku mari terfikir kenapa jalan ni yg aku pilih??
kenapa slps spm dulu aku tak teruskan ke bidang agama??
bila tgk kwn2 duk blaja jauh2 ambik lughah,qiraat mcm2 lg la..ak jd jeles..
sbb tu aku mari terfikir knapa aku di jalan ni..
mmg org kate tak baik nyesal kan??
tp mmg tu lah kenyataannya..
mungkin dulu pas spm mak ayah aku tak tekankan aku utk ambik bidang agama..
dorang ikut je mane jalan yg aku pilih..
aku plak dulu tyme org isi borang matrik,aku ikut jerr..pilih pun perlis kedah..maklum la tyme tu
buta geografi..peta malaysia pon tak tau..
pastu,ade rezki dpt masuk matrik..kat perlis..belaja belaja belaja abis satu thn..
pastu mintak u..aku ingat lagi plhn pertama aku upsi matematik..(sbb mase ni aku minat math tyme matrik)..
Allah kabulkan doa aku..mase tu ade 8 pilihan.1 math 7 lg akaun..Allah bg aku jalan ni..
ambik pend math kat upsi 4 tahun..
tp skrg bila aku jumpa kwn2 lama kt fb..
ade smbg blaja di jordan,mesir,,aku jadi jeles..aku mula teringat impian aku!!
impian nak belaja sampai sana..dan aku tertanya2 knpa aku di sini...

SEMUANYA KRN SUDAH KETETAPAN ALLAH..
ALLAH BAGI AKU JALAN NI..
AKU KENA TERIMA..

walaupun bukan di bidang agama,tapi aku ttp akan terus belajar ilmu agama sampai akhir hayat aku..

mungkin aku jadi begini sbb aku stress sgt2 skrg..tesis,asgment2,praktikum...byk lg..
jd peringatan utk aku>>akma,tak baik menyesal..ni jalan yg Allah bg..mungkin ada hikmah disebaliknya..kau mesti redha dgn ketetapanNya..OK!!

aku tulis entry ni sbb aku stress sgt2 skrg nih..aku benci dgn semua ni..
Ya Allah bimbinglah aku spy aku dapat habiskan pengajian dgn lancarnya..






Tuesday, February 15, 2011

Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat


Saat Nabi Muhammad S.A.W Hampir Wafat

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah:

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua," keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.
Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan roh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW..

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak Sah Letak Jawatan Sebagai Presiden Mesir


Ucapan tiga puluh saat yang menamatkan pemerintahan selama 30 tahun. Terjemahan: Bismillahirrahmanirrahim. Wahai rakyat sekalian, pada waktu genting di negara kita ini, Presiden Husni Mubarak telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai presiden republik Mesir dan pihak tentera akan mengambil alih dalam pengurusan hal negara. Semoga Allah memberi panduan pada kita..


Hosni Mubarak akhirnya sah meletakkan jawatan sebagai Presiden Mesir selepas 18 hari demonstrasi dilancarkan oleh ratusan ribu penunjuk perasaan anti-kerajaan.Mudah-mudahan peralihan kuasa baru di Mesir akan menjana kebangkitan Islam di seluruh dunia. AllahuAkbar!


source: MZM-FC

Thursday, February 10, 2011

Jika Semuanya Milik Allah..Apa Sebenarnya Yang Aku Ada..??

Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?



Sunday, February 6, 2011

Dari Kuala Terengganu ke Tg Malim

Salam..hari ni dah selamat sampai balik ke bumi Tg Malim ni..lebih kurang jam 8 pagi tadi..Bertolak dari Terengganu dlm jam 10 malam..pastu jem dari area bandor KT sampai Marang..ye la semua nak balik ke rumah masing2 lak..adoii..dalam jam 12 masih dlm Terengganu lagi..

credit to pakcik google!!


Pastu aku tertido,sedar2 bus berhenti di Gambang..ingatkan dah sampai Rawang..:p
tengok2 jam baru pukul 3 pagi..hati aku kate "lambat lagi la ni,baru sampai Gambang"..then sambung tidoq balik..
Pastu sedar2 plak bus berhenti kat mane ntah..pastu bus gerak masuk ke jalan Genting Highlands..
Aku ingatkan bus dah salah masuk jalan..ye la tak penah lagi sebelum2 ni lalu kot jalan tu..
Jalan dah la bersimpang siur..bengkang bengkok..pening aku dibuatnye..Oh satu lagi..pewangi dalam bus tu..sgt2 memeningkan aku..sampai terasa nak termuntah..huhu..tu bukan pewangi namanya..tu pebusuk..huh!!
sabaq je la duk dalam bus tu..tido pon tutup hidung..dugaan2..
Last2 bus dah kuar dari area Genting,dah sampai di area hulu selangor..kat Batang Kali..tetibe pongg!!tekejut gak la ingt bus langgar ape..rupe2nye tayar bus meletup disertai bau yang agak "wangi"..huhu..
terus bus park tepi jalan..tak tengok tyme tu kol bape..tapi dah subuh la..aku pon sambung tido sikit lagi sementara pakcik bus tengok2kan tayar die..tup2 terjaga dah kol 7,dah cerah kat luar..
pakcik tu pun suruh turun sbb bus ganti da nak sampai..
turun la kami2 ni..tunggu dlm 15 min lebih camtu..nmpak la bus yg akan ambik kami ni..
naik bus tu lbh kurang 20min cenggitu..smpai la ke bumi KHAR ni..terus cpt2 ambik beg,
naik ke bilik,mesej mak btau da sampai..n trus smbung zzzzzzzz...[lame jugak aku tido]..letih beb..
tu la pertama kali balik sini dgn pelbagai dugaan..Alhamdulilah selamat sampai..

p/s:tajuk untuk entry ni aku ubah sikit mcm tajuk lagu kump The Times "Dari Singapura ke Kuala Lumpur"..hehe

Wednesday, February 2, 2011

Kenyataan Dari Menteri Pengajian Tinggi Malaysia

KENYATAAN AKHBAR
YB DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
MENGENAI KEADAAN DAN SITUASI TERKINI
PELAJAR-PELAJAR MALAYSIA DI REPUBLIK ARAB MESIR
2HB FEBRUARI 2011 (RABU)
___________________________________________________________________
1.    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mengambil maklum, prihatin serta bersimpati dengan keadaan sukar dan situasi getir yang dihadapi oleh para pelajar Malaysia yang kini berada di Republik Arab Mesir, selepas hari kesembilan berlakunya demonstrasi dan rusuhan oleh rakyat Mesir di sana.

2.    Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.

3.    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui pejabat Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Kaherah sebelum ini telah melakukan hebahan nasihat keselamatan kepada semua pelajar agar mereka dapat menjauhkan diri daripada terlibat dengan aktiviti rusuhan dan demonstrasi oleh rakyat Mesir.  Di samping itu juga, nasihat serta siaran hebahan telah diberikan kepada semua pelajar agar mereka sentiasa dan dapat mematuhi arahan keselamatan termasuklah arahan perintah berkurung (curfew) pada masa-masa yang ditetapkan.  Selain daripada itu, semua pelajar Malaysia juga dinasihatkan agar dapat membuat persediaan penyimpanan makanan yang secukupnya bagi menghadapi saat-saat sukar di sana.

4.    Sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.  Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus.  Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain.  Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.  Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka.  Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka.  Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

5.    Sementara itu, bagi memudahkan ibu bapa dan keluarga para pelajar untuk mendapatkan status serta kedudukan terkini mengenai anak-anak serta ahli keluarga mereka di Mesir, mereka bolehlah menghubungi pegawai-pegawai Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seperti di bawah:-
          1)      Yang Berbahagia Prof Dr Rujhan Mustafa
                   Pemangu Ketua Pengarah
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No. Telefon       : +6019 – 270 8222
                   E-mel                  : mrujhan@mohe.gov.my

         

          2)      Yang Berusaha Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff
                   Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan
                   Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6019 – 752 0672 
                   E-mel                  : alwee@mohe.gov.my

          3)      Encik Jamalulail Bin Abu Bakar
                   Ketua Penolong Pengarah Kanan
             Unit Jabatan Penuntut Malaysia
             Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia
                   No telefon         : +6012 – 931 6172
                   E-mel                  : jamalulail@mohe.gov.my

6.    Seperti mana yang Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah umumkan semalam (1 Februari 2011), Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk melakukan operasi menyelamatkan pelajar dan rakyat Malaysia di Republik Arab Mesir melalui udara dan juga laut.  Pelajar dan rakyat Malaysia akan di bawa ke Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan bantuan perlindungan serta tempat yang lebih selamat di Arab Saudi.  Sehubungan dengan itu, kerjasama dan jasa baik daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan urusan pemindahan berjalan dengan lancar dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

7.    Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada ketika ini telah dimaklumkan mengenai pengumuman cuti oleh beberapa buah universiti utama di sana.  Cairo University menetapkan cuti selama 3 bulan; Universiti Al-Azhar selama 1 tahun; manakala Ain Shams University menetapkan cuti selama 6 bulan.


8.    Pada ketika ini, pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sentiasa berhubung dan mendapatkan nasihat daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri untuk tindakan-tindakan selanjutnya diambil.  Pihak Kementerian Pengajian Tinggi juga sentiasa berhubung dengan pihak Kementerian Luar, Wisma Putra, Kementerian Pertahanan dan beberapa agensi keselamatan lain bagi mendapatkan maklumat lengkap dan situasi terkini mengenai keadaan pelajar Malaysia di Mesir.

Disediakan oleh:-

Pejabat YB Menteri Pengajian Tinggi
Putrajaya
2 Februari 2011

sumber:sini


Tuesday, February 1, 2011

Krisis Di Mesir


Assalamualaikum..
Entry hari ni pasal keadaan di Mesir sekarang..
Harap2 semua rakyat Malaysia termasuk pelajar di sana selamat semuanya..
Bawah ni aku copy dari saudara ariffshah.

Bila baca balik rentetan kejadian yang berlaku di Mesir sekarang ni, aku rasa sangat kesian kepada pelajar di sana. Aku faham sangat situasi mereka dan aku rasa apa yang mereka alami sekarang berpuluh kali lebih teruk dengan keadaan di Moscow
Inilah nasib pelajar kita yang belajar di luar negara kalau ditempatkan di negara kelas kedua atau ketiga. Aku rasa satu hari nanti kerajaan patut menghentikan daripada menghantar pelajar ke negara-negara yang bermasalah dan hanya menempatkan pelajar di negara maju sahaja. Sebentar tadi aku baru dapat mesej melalui Facebook daripada seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Egypt berkenaan keadaan pelajar di sana dan aku rasa mesej ini perlu disampaikan kepada semua supaya kita tahu yang sepatutnya kerajaan kita perlu secepat mungkin menghantar bantuan dan mengeluarkan rakyat kita dari sana.
Salam Ariff, saya Nadia, a student in Egypt.
Ariff, kini saya berada di Malaysia kerana pulang untuk winter break, but when I got home, the condition in Egypt somehow got worse about the Hosni Mubarak thingy. Ramai yang sangka keadaan kat sana adalah okay, mengikut kata Jabatan Penuntut Kaherah Mesir dan Kedutaan Malaysia di sana, but there are parts that they don’t know:
Di tempat saya Mansoura, people got killed on the streets, houses are getting robbed and they are aiming to attack Malaysian students. There are about 6000 prisoners on the streets! Pelajar kita di Alexandria dirogol, airport dibakar dan anggota polis tidak lagi menjalankan tugas mereka.
Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.
Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita
Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923
Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com
Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.
- Nadia









Orang tgh sembahyang pun dihalang..

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita