CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Wednesday, November 30, 2011

Allah Sedang Berbicara Kepadaku Tentang SABAR dan IKHLAS..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..aku tahu aku banyak mengeluh sebelum ni,sebab aku 'buta' dalam menilai ujian dan dugaan dari Mu.. Setiap kali aku ditimpa masalah,setiap kali itu lah aku mengeluh..Allahurabbi,ampunkan aku.. Semoga selepas ini aku kuat dalam mengharungi ujian yang Engkau berikan..bersesuaian dengan firman-Mu,

                        “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” – Surah AlBaqarah : Ayat 286.



Ampunkan aku ya Allah..Semoga aku, kau dan dia lebih tabah mengharungi liku-liku hidup ini..



Saturday, November 19, 2011

Berta’aruf Di Dunia Maya





“Ukhti, ana tertarik untuk berta’aruf sama anti.” Itulah kalimat yang sering digunakan oleh banyak lelaki.
Banyaknya jaringan sosial di dunia maya seperti facebook, yahoo messenger, dan lain – lain, menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas.  Begitu lembut dan halusnya jebakan dunia maya, tanpa disedari mudah menggelincirkan diri manusia ke jurang kebinasaan. Dalam  Kes ta’aruf ini,  lelaki  dengan sewenang – wenangnya mentafsirkan erti  ta’aruf.

Melihat seorang perempuan yang dinilai bagus kualiti agamanya, Lelaki tersebut langsung berani mengungkapkan kata ‘ta’aruf’, tanpa perantara.  Jangan memaknakan perkataan “ta’aruf” secara sempit, pelajarilah dahulu serangkaian tata cara ta’aruf atau kaedah-kaedah yang dibenarkan oleh Islam. Jika memakai kata ta’aruf untuk bebas berinteraksi dengan lawan jenis, Oleh itu apa bezanya yang telah orang yang mendapat hidayah dengan yang masih jahiliyah? Islam telah memberi konsep yang jelas dalam tatacara ta’aruf.

“Assalamualaikum ukhti,” Sapa sang lelaki
“‘Wa’alaikumsalam akhi,” Balas si perempuan
“Subhanallah ukhti, ana kagum dengan keperibadian anti, seperti Sumayyah, seperti Khaulah binti azwar, bla.. bla.. bla.. bla…” puji lelaki tersebut.

Apakah berakhir sampai di sini sahaja? Oh no…. Rupanya yang ditemui ini juga perempuan gedik, maka berlanjutlah perbualan tersebut, si lelaki bertanya apakah si wanita tersebut  sudah mempunyai calon. lantas si perempuan tadi menjawab.  “Alangkah beruntungnya wanita yang mendapatkan lelaki seperti anta kelak.” Si lelaki itu juga tidak mahu kalah, memuji kembali perempuan tersebut. “Subhanallah, sangat beruntung lelaki yang mendapat bidadari dunia seperti anti.”

Banyaknya jaringan sosial di dunia maya menjadikan lelaki dan wanita  mudah berinteraksi tanpa batas. Lelaki dengan takruf membabi buta, perempuan pula terpedaya….  Oh  mengerikan, lebai – lebai  di dunia maya, syaitan tak mahu mensia-nsiakan kesempatan ini. Lalu tertancaplah rasa, bermekaran di dada dua sejoli tersebut, yang belum ada ikatan pernikahan.  Dengan bangganya lelaki tersebut menaburkan janji-janji manis, akan mengajak wanita tersebut hidup di planet marikh, mengunjungi benua-benua di dunia. Hingga hanyut kedua – duanya dalam janji-janji lebai. Subhanallah, bukan begitu ta’aruf yang Rasulullah ajarkan.

Wahai lelaki, Jangan Permainkan Ta’aruf!  Muslimah  itu mutiara, tidak sembarang orang boleh menyentuhnya, tidak sembarang orang boleh memandangnya. Jika mempunyai keinginan untuk menikahinya, carilah cara yang baik yang dibenarkan Islam. Carilah  informasi tentang akhwat melalui pihak ketiga yang boleh dipercayai. Jika maksud ta’aruf kamu untuk melengkapkan  separuh agama mu, silakan. Tetapi prosesnya jangan terkeluar dari jalan Islam.

Sedarilah, orang-orang yang kamu kenal di dunia maya tidak semua memberikan informasi yang sebenarnya. Waspadalah..
Berhiaslah dengan akhlak Islam, jangan tergedik – gedik kepada lelaki atau perempuan  yang bukan mahram.. Biarkan apa yang ada di dirimu menjadi simpanan manis buat suamimu atau isteri kelak. Ta’aruf yang sebenar haruslah berdasarkan cara Islam, bukan dengan cara berkasih – kasih sebelum  akad nikah.



Sumber: akuislam.com

Friday, October 28, 2011

Kau Masih Pasti Bisa Tersenyum :)


‎"When people walk away from you..Let them go..Your destiny is never tied to anyone who leaves you,and it doesn't mean they are bad people..It just means that their part in your story is over.."

Yes..the story now is over..

Thursday, September 8, 2011

Begitu Banyak Cerita...Ada Suka Ada Duka...

Salam...selamat hari raya!(masih dlm mood raya)~~
Dah lama tak update bog ni sejak meletakkan jawatan sebagai cikgu praktikal hari tu..hehe
Aku ni bukan jenis yg suka mengarang,merepek-repek..malas la..ni pun ada mood sikit nak tulis ape ntah..^_^
Nak cerita pasal  raya,tak de cite best..
Nak cite pasal praktikal,banyak sangat nak tulis..hurmmmm

25 Ogos 2011 secara rasminya aku dah lepaskan jawatan sebagai cikgu praktikal..eh,bukan lepaskan..dah tamat latihan mengajar..14 minggu aku berada di sekolah,merasai suasana sekolah,suasana mengajar,suasana dalam kelas,cara kawal kelas,cara hambat pelajar pegi solat,macam2 lagi la..

14 minggu (1 semester) tu mula2 macam lama je,mula2 terlintas macam2..nak buat ape,nak ngaja ape..mcm mana la student2 aku nanti,ok ke,ko ke...ye lah first tyme kot mengajar..sebelum ni ngaja budak2 pasti tu pun tak official pun..:)

Masuk minggu ke 4 baru la stat ngaja sebab sebelum tu student2 exam..3 minggu tu duk jaga student exam je la..Stat ngaja matematik form 1 tajuk Time kalo tak silap..ala bagi aku mmg la kacang,tapi nak memahamkan dorang bukan senang perlukan kesabaran yg tinggi tu!hehe..Satu lagi subjek KH stat ngan tajuk Perniagaan kot..tapi sumpah aku memang tak reti nak ajar camna subjek KH ni..ni bukannya opsyen aku,,tapi sebab dah tak de tempat utk aku ajar subjek akaun,terpaksa ajar subjek ni..sebab tu dlm kelas ni aku main2 lebih..(aiyakkk cikgu yg main2)...maknanya tak serius la,bila habis satu bab buat folio pulak..folio senang jek,cikgu tulis jawapan student salin...banyak senang keje haku ni!!hehehe~~

Macam2 kerenah budak2 ni malas la nak tulis dalam ni..tapi tu semua aku anggap sebagai pengalaman yg sangat berharga untuk aku perbaiki kelemahan dlm diri aku ni..nak jadi guru yg baik n cemerlang bukan senang..masa ni la kita dapat tahu kat mana kelemahan diri kita..^_^

2 kali diobserve oleh lecturer (Pn Syiqin)..
Kali pertama dalam minggu ke 5 rasanya..masa tu tak berapa nak 'kamcheng' dgn student lg..ye la baru je stat ngaja..ade la dapat komen dr lecturer tu..takpe,nanti kali ke 2 dapat aku ubah kelemahan aku ni..

Kali ke 2 tak silap minngu ke 7..alhamdulillah dapat pujian dan komen2 yang membina.,,
Aku berdoa supaya result utk latihan mengajar ni ok la..inshaAllah semoga Allah membantu aku..

Dan setinggi ucapan terima kasih kepada pelajar2 1 Usahawan kerana memberi kerjasama semasa saya di observe oleh lecturer baru2 ni..pandai berlakon puak2 awak ni....hehehe






1 Usahawan 2011..

Ok la tu saje utk entry kali ni...

Hari ISnin ni diisytiharkan sy akan belajar balik untuk satu semester lagi...Semoga Allah permudahkan segalanya...ameeennn...

Salam sayang dan rindu utk pelajar2 semua....

CikGu Akma,
08 Sept 2011
Khamis
Terengganu..


Monday, August 15, 2011

Cerita Seorang Cikgu Praktikal

As Salam..
dah lama rasanya tak update blog ni..sejak abis sem 6 hari tu,,sampai la aku dah nak habis praktikum ni..malam ni tak de kerja sangat,,jadi teringatla nak update blog yg dah lama aku tinggalkan ni..
malam ni nak tulis pasal ceritera praktikum aku sikit..dah tak lama dah nak habiskan sisa2 terakhir praktikum ni..lebih kurang 7 hari je lagi sebelum habis...aku ditugaskan untuk menjalani latihan praktikum di sebuah sekolah di Kelantan..banyak yg aku belajar sepanjang aku berada di negeri orang ni..nasib aku agak baik,sebab aku sudah sedikit fasih ber'bahasa ' kelantan dan memahami loghat kelantan..mungkin sebab persekitaran aku,di mana ayah aku asalnya orang Besut,,jadi darah Besut tu ada mengalir dlm diri aku..cuma kadang2 ada la beberapa patah perkataan yg sebelum ni aku tak pernah dengar dan guna,,kat sini pun kenal macam2 jenis kuih yg sebelum ni aku tak pernah makan & tengok..

Kat sekolah ni,aku ditugaskan untuk mengajar matematik untuk tingkatan 1,Kemahiran Hidup pilihan 4 (usahawan) untuk tingkatan 1 dan 2..untuk kemahiran hidup ni,aku diamanahkan utk mengajar pelajar lelaki sahaja manakala pelajar perempuan diajar oleh guru lain..

bila kenangkan kembali makin dekat dah nak masuk upsi,makin berat rasanya hatiku untuk melangkah pergi dari sini..aku tak tau apa dah jadi dgn aku ni..rasa malas nak masuk belajar balik tu makin menjadi2..kalau lah aku diberi pilihan,ingin saja aku berada di sekolah ni dan menjadi seorang guru yg 'sah' di sisi undang2..:)
asssignment,tesis dan lain2 yg menyebabkan aku 'malas' utk menjadi pelajar balik..

Untuk pelajar2ku,,cikgu sayang kamu semua..marahku bukan kerna aku tak menyayangi,,tapi untuk mendidik kamu agar kamu tahu erti kehidupan..bukan senang utk kita hidup di dunia ni tanpa ilmu..

mula2 masuk sekolah ni dulu,,sampai aku terfikir..'kenapa aku jadi seorang cikgu??"setelah aku lihat betapa tidak 'berdisiplinnya' pelajar2 zaman sekarang..aku sgt2 terkejut waktu tu..sampaikan aku minta pada Allah agar percepatkan waktu 14 minggu latihanku ini..

Nampaknya Allah dah kabulkan doa aku,,tapi sekarang aku pulak yg berat hati utk tinggalkan mereka2 ni..rasa sayang mulai bercambah tapi apakan daya,,sudah tertulis sejak azali lagi aku akan menghabiskan prktikum ni pada 25 ogos ni..

walaupun lepas ni,cikgu dah tak ade,,namun kamu semua tetap di hati..love u :)

sdg menyiapkan tanda kenang kenangan utk ditinggalkan..:)


Wednesday, April 27, 2011

D' Terengganu Terchenta!




Alhamdulillah aku dah selamat sampai Terengganu..perjalanan dari Tg Malim,melalui jalan Temerloh Bentong Maran Kuantan Kemaman Dungun Marang..akhirnya sampai..bertolak pukul 8 malam,dan aku sampai kira2 jam 430 pagi..awal tu..balik terus cari katil sambung tidoq..hehe..tak dapat nak lena dalam bas..mungkin excited sangat nak sampai..haha!aku akan memanfaatkan 10 hari cuti ini dengan tidur kerja2 berfaedah..[berfaedah la sangat]..jadual aku untuk cuti yang sedikit ni>>bangun tengahari  pagi,makan,tengok tv,update fesbuk,kemas2 rumah sikit,sembang2..tu je yerr..berfaedahnya benda yang aku nak buat ni..haha!


Tadi ade seorang kawan aku bagitau dah boleh cek nama penyelia praktikum untuk sekolah nanti..cek punye lah cek,dapat Pn Syiqin..huhu..ok la..


So, tu je yang aku nak tulis hari ni..perut rasa lapar pulak!oh,pukul 4,mkn tengahari pon belum..[sebenarnya makan tengahari aku tadi ditukar kepada sarapan pagi]..hehe! al maklumlah letih dalam bas pun tak hilang lagi..


ok,babai!!


p/s:aku rindu setengah mati kepadamu,sungguh ku ingin kau tahu......T__T

Saturday, April 23, 2011

Salah daaaaaaa..........

Ape yang aku nak merapu di tengah-tengah pagi bute ni yerr...duk tunggu azan subuh..tak tidor..dah abis exam pon stay up??harus la..malam aku berjaga,siang aku tidur..hehe..gigih menengok movie dalam external..banyak lagi tak tengok..nak2 cerita korea yang bersambung..dah habis satu part,sambung satu part lagi..hurmmmm..tu yang tak tidur ni..


Actually,aku punya proposal thesis tak siap lagi..soalan kajian belum buat,soal selidik dah siap!sebenarnya,ada hikmah pihak KPM pulangkan balik proposal aku..KPM pulangkan balik sebab aku tak masukkan instrumen kajian..huhu..aku ingatkan tak payah masukkan,walaupun orang lain beria-ia masukkan..aku punya tajuk yang aku hantar tu "Keberkesanan Penggunaan Perisian GeoGebra di dalam Topik Persamaan Linear"..PERSAMAAN LINEAR!!aku silap tajuk!!


Ceritanya camni,tadi aku pergi la menapak ke bilik kpm (dlm keadaan malas)..aku pun belek2 buku teks math form 2..cari la tajuk persamaan linear..belek2,,aik???tak jumpa pun persamaan..tak de pun graf??ke salah ambik buku??tengok,betul dah..tajuk persamaan linear atau dalam bahase omputehnye Linear Equation..lain macam je soalan..macam tak same je apa yang aku apply kat Mr.GG (nama manja GeoGebra hehe)..memang tak same!aku cari persamaan y=mx+c,tapi takde!!aku dah cuak dah tyme tu!!sah2 aku salah tajuk!!aku pun ambik buku teks math form 4,belek2 jumpa bahagian y=mx+c..bab PERSAMAAN GARIS LURUS!!Ya Allah,kenapa sebelum ni tak terlintas sikit pun yg bab2 kecerunan ni,di form 4 baru belajar!Astaghfirullah....aku dah buat salah...pastu,aku pun balik dengan lemah longlainye...baru ingat dah selesai masalah nak wat soalan kajian,..tapi...


Then,tadi berkobar-kobar aku cari tajuk lain..aku jumpa Theorem Phytagoras yg boleh apply kat Mr.GG,tapi dia punya instruction nak buat tu berbelit2..dulu aku belajar theorm phytagoras yg segitiga tu je..ni aku tengok masuk segiempat,  segilapan, segiempatbelas.. ok,tipu..huhu..penerangan kurang,cara nak buat,step by step tak de..memang dah cantik baeekkk punyerrr dah topik tu..tapi tu la,kalau tak pandai apply macamne nak buat kajian!haddooiii..


macam ni je yg aku belajar dulu!

mungkin sylibus sini tak same dgn luar negara..contoh yang aku tengok tu yg berbelas2 segitiga tu,dari luar negara..ok,tak jadi ambik theorem pyhtagoras,cari topik lain!!

aku ingat nak ambik je topik persamaan garis lurus form 4,tapi sama dengan ina la pulak..tak best la same..huhu..pastu tadi cari2 tajuk kat rph tu,jumpa tajuk statistik..untuk form 4 jugak..cantekkk,penerangan ada,video,step2 ade..boleh la topik ni..inshaAllah jadi!!

p/s:topik pertama aku,transformation tapi tak boleh sebab topik ni last2 dah dalam syllibus..aku masuk praktikum nanti,student tak belajar lagi..so,tak boleh apply!topik kedua,persamaan linear,tersalah topik!!hohoho..padan muke aku!!!



Friday, April 8, 2011

Kita Tak Pernah Bertemu Dengan Orang Yang Salah..


Terkadang kita terfikir :
Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?
Teman sekerja yang tak 'ngam'?
Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?
Housemate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan, bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?
Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?
(atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?)
((ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?))
Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....
 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, memaknai manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.
Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.
Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.
Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.
Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'
Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.
Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.
Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.
Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.
Itulah dia Allah.
Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.
Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.
And He Knows best.
Wallahua'lam.
Bersabar, dan teruslah berdoa.
Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..
Sumber:iluvislam