CahayaQasehMu...

"Hidup ini adalah sebuah PERJUANGAN..perjuangan memerlukan pengorbanan.. tiada hidayah tanpa DAKWAH, tiada dakwah tanpa perjuangan..dan tiada perjuangan tanpa pengorbanan"

Saturday, January 8, 2011

Ke Mengerti..Perpisahan Ini..






Perpisahan tidak pernah bermaksud membuat kita mati …
Kalimah indah penasihat diri dan jiwa..Tahu tak perpisahan tidak pernah bermaksud membuat kita mati Kalimat yang sangat indah ditelinga saya, kerana saya adalah perempuan yang sangat takut dengan perpisahan, lebih tepatnya saya tidak suka dengan perpisahan, apapun bentuk perpisahan itu, padahal ketika saya percaya bahawa didunia ini tidak ada yang abadi seharusnya saya juga menyedari bahawa ada pertemuan pasti ada perpisahan, tapi saya nak bertemu tanpa berpisah lagi, which is something impossible, kerana hidup adalah hitam putih, ketika ada siang pasti ada malam, ketika ada bahagia mestinya juga ada luka tapi kadang-kadang otak dengan hati saya tidak sejalan, percaya tidak ada yang abadi tapi tidak mahu menerima perpisahan… hehehehe, iya bukan tidak boleh diterima tapi tidak mahu, Malaikat pasti bingung melihat sikap saya ni..
Perpisahan, orang kata ia sangat sinonim dengan luka? dengan airmata, dengan patah hati, dengan semua yang menyesakkan nafas saya, dulu mungkin saya sependapat dengan sahabat saya ketika saya harus melihat belakang lelaki yang sangat saya cintai setelah dia berpaling dari saya, meninggalkan saya untuk menjadi anak yang berbakti kepada orang tuanya, bukan berbakti kepada kekasihnya...kini seiring dengan waktu saya mula menyedari bahawa ALLAH hanya memberikan yang terbaik, ketika dia harus dipisahkan dari saya itu kerana menurut ALLAH dia bukan yang terbaik untuk saya… dan jika dia bukan yang terbaik untuk saya, kenapa saya harus memaksa dan merengek rengek agar dia kembali, kan ALLAH akan menggantikan dengan yang lebih baik..[di atas ni hanya contoh je..hehe]
ALLAH tidak pernah memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantikannya dengan yang lebih baik. Dan ALLAH tidak pernah ingkar janji… lalu kenapa saya harus tidak percaya atas janji ALLAH?
Tapi bukan pengantinya yang jauh lebih baik yang akan saya bicarakan, saya yakin dengan janji ALLAH dan ALLAH tidak pernah mungkiar janji seperti kekasih saya yang janji akan bersama saya sehidup semati padahal saya mati dia pasti tak mau ikut dan bodohnya saya percaya kan? hehehe padahal janji manusia dibawah ketetapan ALLAH, maka jangan mudah menabur janji...Memang bukan janji yang ingin saya bagi tapi maksud ALLAH memisahkan saya dari semua yang indah indah dan memabukkan tu..
Satu perkara yang selalu saya ingat bahawa setiap yang terjadi pada saya kerana ALLAH sangat menyayangi saya, ALLAH tidak pernah kejam terhadap ciptaannya apalagi menzalimi, jadi setiap tahap hidup ini kerana cinta ALLAH, saya dipisahkan dari si dia kerana cinta saya sudah jadi berhala, dipisahkan dari kekasih saya kerana ALLAH hanya ingin saya mencintainya saja dulu, bahawa ternyata saya belum mampu mencintai ALLAH melebihi saya mencintai kekasih saya, maka dibiarkan berdua dengan ALLAH dulu dan nanti ketika saya telah mampu pasti akan diberikan cinta yang lain…
Perpisahan yang berlaku dan dilakukan dengan sedar akan terasa indah, maka berpisahlah secara sedar, jangan time tidur..kalau sedang mabuk cinta kan tak sedar tuh...kalau diharuskan berpisah kamu akan pengsan, mudarat sampai mati, jadi jangan sampai mabuk cinta agar selalu sedar bahawa perpisahan pasti terjadi … dan bukan sesuatu yang kejam lagi.
Kerana perpisahan tidak pernah bermaksud membuat saya pengsan dan mati …
Perpisahan yang saya sedari kerana kasih sayang ALLAH pasti indah, bayangkan seperti di bulan ramadhan dulu ALLAH memisahkan saya dengan semua nikmat, memisahkan saya dari makan dan minum disiang hari, memisahkan saya dari tidur nyenyak dimalam hari kerana saya perlu solat terawih, tahajud. Kemudian ALLAH juga memisahkan saya dari novel novel yang biasa saya baca dan saya perlu ganti dengan tilawah … sekali lagi ALLAH membuktikan bahawa perpisahan ini kerana cintaNYA yang luar biasa, cuba kalau tak ada perpisahan dengan ikatan dunia seperti Ramadhan, dimana ladang keampunan bagi saya..
Dan satu hal yang perlu disedari pula bahawa ketika kita begitu bahagia dengan apa apa yang kini dalam genggaman, sedarkan diri kita bahawa ALLAH akan mengambilnya kembali esok atau lusa, jangan terkejut ketika itu terjadi dan jangan sombong ketika bahagia dalam genggaman…
Jangan pula jadikan CINTA ini BERHALA …satu lagi tak perlu iri hati dengan mereka yang bahagia, suatu hari kan mereka juga akan terpisah dari bahagia itu dan luka tak perlu takut menjadi seperti mereka yang luka kan mereka juga akan bahagia suatu hari ini..
sumber: klik sini

No comments:

Post a Comment